Alhamdulillah kami kontijen dari Kulaijaya akhirnya balik membawa kejayaan dari Ihtifal j-QAF. Setelah 3 tahun menanti dan hasil daripada pengalaman yang lalu, Dikir Barat dari SK Polis Kem di atas bimbingan US Husnil Al-Mubaraq dan rakan-rakan ustaz dan ustazahnya telah berjaya merangkul Johan peringkat Negeri. Saya sempat melihat sendiri persembahan kumpulan sahabat saya tu. Sangat2 menakjubkan sampaikan bulu roma tengkuk saya naik jeer sampai habis persembahan. penuh dengan beradab dan menyeronokkan dengan kalimah2 arabnya. Tahniah diucapkan kepada Us Husnil de geng dan murid2nya yang sangat bersungguh2.
Yang meriah lagi apabila Us Ziman telah hadir bersama pada upacara penutup. Saya sempat membisikkan pada Us Ziman yang Kulai sangkut 2 jawapan daripada pertanyaannya" amacam ada berita baik ke?" saya pulak telah diamanahkan oleh ustzah Kalthom untuk menjadi ketua kontijen. Saya menyambut tugas tersebut dengan hati yang terbuka sbb merasakan yang disana adalah kawan2 saya juga. walaupun saya pada masa yang sama terpaksa menolak untuk pergi rombongan sekolah sebagai guru pengiring emm biasalah kekurangan guru lelaki. apa2pun tempat saya tu telah digantikan tempat oleh guru lelaki yang lain. Alhamdulillah...ish saya ni dok tgh dalam slot Us Mior dalam PnP untuk guru agama SRAB. Slot saya dah pun selesai pg2 lagi..hehe
- nazihar
- Nazihar Sisak Dilahirkan di batu18 Muar Johor. Pendidikan rendah di SK Felda Pengeli Timur. Pendidikan Menengah di Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor. Pendidikan Tinggi di Universiti Al-albayt Jordan. Pengalaman mengajar di SMA Bandar Tenggara. Sekarang bertugas di Sk Taman Muhibah Kulai Johor.
اياك نعبد واياك نستعين
التعرّف
هيا على الفلاح
تابعون
راديو المحلي
تاريخ اليوم
الوقت كالسيف
معجزة النبي
تفكّروا قليلا
أهلا بزيارتكم
شكرا على زيارتكم
كتابة ذاتية
Muat Turun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment