abu_muhammad alfateh

ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

10:50:00 PM

Anugerah Ilahi yang tidak terhingga...

Posted by nazihar




Inilah cahaya mata hatiku kurniaan Ilahi...pd hari ke 7 kelahiranya ku beri nama Muhammad Alfateh dan mengadakan majlis aqiqah serta mencukur rambutnya. Begitu juga untuk anak sulungku yang kuberi nama Fatimah Azzahra yang sekarang sudah meningkat umurnya setahun 10 bulan. Adiknya pula meningkat usia 5 bulan. Kedua2nya hasil perkongsian hidupku dengan isteri kesayanganku Zurina bt Md Akhir. Tiba2 aku tergerak untuk memasukkan entry gambar kedua anakku disebabkan pada ketika ini aku berada di Hotel Selesa Pasir Gudang bersama Us Mior, Us Nizam dan Ustz Mai menjadi fasi untuk Kursus Pendedahan Bahasa Arab Sekolah Rendah Agama Bersepadu. Manakala "boss" kami di JPN bahasa arab Us Zakuan sempat melawat kami disebelah petang tadi selepas menghadiri mesyuarat di Mersing. Mudah2an kursus ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti dalam kerjaya sebagai pendidik anak bangsa bagi memertabatkan bahasa Al-Quran diserata dunia.

0 comments:

Post a Comment